Wednesday 2 October 2013

TARIK BALIK PRODUK TENUSU TERCEMAR



Tindakan New Zealand menarik balik lebih daripada 1000 tan produk tenusu dari 7 negara termasuk Malaysia selepas produk tenusu terbabit disahkan tercemar dengan yang menyebabkan botulism iaitu keracunan makanan yang serius.
Bahagian Kawalan Makanan Kementerian sentiasa membuat pemantauan dengan mengambil sampel secara rawak produk tenusu tempatan dan import yang dijual di negara ini untuk membuat pemeriksaan Tahan, Uji dan Lepas.

“ jika ada kes pencemaran yang dikesan, Bahagian Kawalan Makanan akan mengeluarkan butiran terperinci produk itu, keluaran syarikat mana, melalui media dan orang ramai hendaklah sentiasa berwaspada ”


Keratan akhbar daripada News Strait Times

Keratan akhbar daripada The Star

Jenama produk Danone Dumex ditarik balik pasaran Malaysia ialah :
  • Dumex Dupro Step 2 – batch no. 04263B2, 04273B2, 05033B2, 05093B2, 05153B2, 05223B2, 05143T1, 05153B1, 04263B1, 04273B2, 05033B2, 05093B2, 05153B2, 05223B1, 05223B2, dan 05233B1
  • Mamex Cherish Step 1– 06103T1, 06213B1, 06053R1, 06123R1, 06093T1, dan 06213B1
  • Mamex Explore Step 2 – 06093T1, 06123R1, 06213B1, dan 06213B2
  •  Bebelac Step 2 – 05023R1 dan 05033R1
  •  Nutricia Karicare follow – on formula products for children from 6 months old

( Pengguna turut dinasihati supaya tidak menggunakan produk jenama di atas sebagai langkah berjaga-jaga )

Sumber : 
http://www.melvister.com/2013/08/jenama-produk-danone-dumex-ditarik-balik-pasaran-malaysia.html#ixzz2b4gOIdBQ

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan status terkini isu whey protein concentrate (WPC80) keluaran syarikat Fonterra Ltd. New Zealand yang disyaki tercemar dengan bakteria Clostridium botulinum yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

Clostridium botulinum

Perkembangan terkini, pihak berkuasa New Zealand telah mengesahkan bahawa produk Nutricia karicare Stage 1 Infact Formula dan Nutricia Karicare Stage 2 Follow-on Formula hanya dipasarkan di pasarkan di New Zealand dan tidak dieksport di Malaysia.

Di samping itu, KKM telah menjalankan pemeriksaan ke atas kilang pemprosesan syarikat tersebut dan hasil pemeriksaan mendapati semua produk keluaran syarikat tersebut telah melalui sistem jaminan keselamatan makanan dan langkah-langkah pengawalan yang berkesan. Semua bahan mentah yang digunakan mempunyai sijil analisis daripada pembekal dan syarikat menjalankan analisis bagi setiap batch bahan mentah untuk memastikan bahan mentah tersebut adalah selamat. Dengan itu, semua produk keluaran syarikat tersebut dibenarkan untuk dijual di pasaran. KKM sentiasa menjalankan pemantauan bagi memastikan semua makanan yang dijual di pasaran adalah selamat.


Di sini disertakan video daripada You Tube mengenai isu susu Dumex ditarik semula disebabkan diduga tercemar oleh bakteria merbahaya


No comments:

Post a Comment