Tuesday 8 October 2013

BERSIH ITU HALAL?


Sabda Rasulullah SAW :
”Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar, kebanyakan manusia tidak mengetahuinya, maka barangsiapa menjaga dirinya dari yang samar-samar itu, berarti ia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya, dan barang siapa terjerumus dalam wilayah samar-samar maka ia telah terjerumus kedalam wilayah yang haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar daerah terlarang maka hampir-hampir dia terjerumus kedalamnya. Ingatlah setiap raja memiliki larangan dan ingatlah bahwa larangan Allah apa-apa yang diharamkan-Nya. Ingatlah bahwa dalam jasad ada
segumpal daging jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya dan jika ia rusak maka rusaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati“. 


~HR. Bukhari dan Muslim~




Agama Islam menganjurkan dua perkara utama mengenai hal-hal makanan iaitu, keutamaan dari segi kehalalan makanan serta kebersihan makanan yang di ambil. Di dalam agama Islam, sesuatu makanan itu halal untuk dimakan selagi mana tiada nas yang mengharamkan untuk memakannya.
Di dalam persoalan yang sering menjadi isu dalam industri makanan terutama di dalam negara kita yang majoritinya beragama Islam ini, apakah makanan bersih itu halal dan apakah semua yang halal itu semestinya baik untuk kesihatan?
Sebenarnya tidak semua yang bersih itu halal untuk dimakan sekalipun pemprosesannya dijamin tidak mendatangkan kemudaratan kepada pengguna.

Juga tidak semua yang halal itu mendatangkan kebaikan dan memenuhi keperluan zat yang diperlukan tubuh manusia.

Sebagai contoh, seorang pesakit tekanan darah tinggi-walaupun gula dan garam itu merupakan sesuatu yang halal, namun dua benda itu adalah tidak sihat untuk beliau.

Juga daging lembu yang diproses dengan bersih tetapi tidak disembelih mengikut syarak, maka ia tidak semestinya halal.

Selain dari kehalalan dan kebersihan makanan yang sering diberi kautamaan, aspek dari segi kebersihan dan keselamatan juga sangat dititikberatkan di dalam Islam. Halal tetapi tidak bersih serta tidak selamat, samada dari segi penyediaan mahupun ketika makanan itu diproses, akan mengakibatkan kesihatan seseorang terjejas.

Jika sesuatu perkara yang sudah pasti akan mendatangkan keburukan atau kemudaratan kepada manusia, agama Islam sama sekali tidak akan menyokongnya. Oleh itu, di dalam Islam, sesuatu yang halal itu semestinya tidak akan memberi kemudaratan kepada pengguna.



Masyarakat Malaysia khususnya yang beragama Islam, lazimnya akan memberi keutamaan kepada logo halal apabila memilih makanan, tetapi kurang mengambil kira kandungan zat di dalam makanan tersebut.Boleh dikatakan tahap kesedaran masyarakat masih rendah mengenai kandungan makanan yang sihat untuk kesihatan. Atas kesedaran ini, Kementerian Kesihatan dikatakan akan menguatkuasakan peraturan yang mewajibkan restoran makanan segera menyenaraikan maklumat kandungan makanan dan minuman yang dijual kepada orang ramai.

Sememangnya sebagai umat Islam, kita seharus mengambil berat apa jua sumber yang menjadi asas kepada pemakanan kita. Ini kerana kita tahu setiap makanan yang diambil akan menjadi darah daging manusia itu sendiri.
Jadi mengambil makanan yang halal, bersih dan selamat bukan saja menjamin kesihatan seseorang malah mampu membentuk nilai spiritual yang amat tinggi di dalam diri seseorang itu dengan akhlak dan perilaku yang baik.

Tidak dinafikan terdapat faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi tingkah laku seseorang seperti faktor keturunan, persekitaran, pendidikan, namun agama Islam memang menitikberatkan hal pengambilan makanan seseorang.

Ini jelas apabila Rasulullah SAW bersabda seseorang yang di dalam tubuhnya terdiri daripada makanan yang haram, Allah sukar untuk memperkenankan setiap doa-doanya.

Jadi, kita sebagai pengguna haruslah peka dengan setiap makanan yang diambil dari segi kehalalannya, kebersihannya dan keselamatan makanan kerana memakan makanan yang halal juga dapat menunjukkan salah satu bentuk ketaatan kepada Allah dalam memenuhi segala perintahNya dan menghindarkan laranganNya.

Wallahua'lam....





No comments:

Post a Comment