Wednesday 27 November 2013

Roti Tawar yang Popular di Dunia

Roti kini menjadi makanan global yang dikenali di seluruh dunia. Banyak kedai-kedai bakery yang sudah menjual jenis-jenis roti yang popular di dunia kerana rasanya yang lazat.

Selain dibuat dari tepung gandum, terdapat beberapa roti yang juga diperbuat daripada gandum hitam, barli dan jagung, kemudian dicampurkan dengan tepung terigu. Setiap negara-negara di dunia memiliki jenis roti yang berbeza. Selain itu rasa, tekstur dan cara pembuatannya juga berbeza.

Berikut merupakan “6 Jenis Roti Tawar yang Popular di Dunia”


White Bread


  • Roti yang terbuat dari tepung gandum ini warnanya putih dan berbentuk oval.
  • Dibuat melalui proses penggilingan yang akan membantu untuk menambah masa penyimpanan roti tanpa mengurangkan kandungan zatnya.
  • Mengandung serat, zat besi, vitamin B dan zat mikro


   Brown Bread


  • Roti yang dikenali dengan roti gandum, kerana dibuat dari tepung gandum dan berwarna gelap.
  • Warna coklat pada roti ini berasal dari cerealine aitu lapisan sel pada bijirin.



 
Foccasia Bread


  • Roti yang yang berasal dari Itali, yang dibuat dengan proses pemanggangan dan berbentuk oval.
  •  Foccacia mengandungi minyak zaitun, garam, bawang, keju, daging dan sayuran.
  • Adunan rotinya mirip dengan tekstur adunan pizza. Selain itu foccacia juga sering digunakan sebagai roti sandwich.



Ciabatta

  • Roti berwarna putih yang berasal dari Itali ini diperbuat daripada tepung gandum dan ragi.
  • Bentuknya agak memanjang dan datar dan dibuat dengan proses pemanggangan.



Bagel

  • Bagel merupakan salah satu jenis roti yang dibuat dengan tangan dan dibentuk seperti cincin.
  • Teksturnya padat kenyal, lembut dan berpori.
  • Sebelum dipanggang, adunan direbus dahulu.




Pita Bread

  •   Pita bread biasa dikenal sebagai roti Arab, kerana banyak dihasilkan di Timur Tengah.
  • Pita bread teksturnya lembut dan kenyal.
  •  Roti ini dibuat dari adonan puff dan dimasak dalam oven bata dengan suhu tinggi sekitar 232 ° C



Anda juga boleh melihat resipi "Roti Tawar ala Gardenia" di sini :)



Video Pembuatan Roti Tawar:


No comments:

Post a Comment