Tuesday 12 November 2013

PERCAYAKAN DERIA ANDA ( AMALKAN “ LIHAT, HIDU, RASA ” )



Amalkan “ lihat, hidu, rasa ” untuk mengelakkan makanan


Kita dinasihati mengamalkan tiga langkah iaitu ‘lihat, rasa’ sebelum menikmati makanan terutama di majlis tertentu, premis makanan dan kantin sekolah.

Langkah dan kempen yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan ini amat penting bagi mengelak kes keracunan makanan terutama hingga menyebabkan maut.

Langkah ini walaupun nampak remeh tetapi masa beberapa minit mengamalkannya adalah berbaloi bagi mengelak keracunan atau kejadian lebih malang seperti kematian akibat makanan tercemar.

Kebanyakkan kejadian kes keracunan makanan, banyak pihak menyalahkan pengendali atau penyedia makanan, tetapi dalam masa yang sama mengabaikan langkah keselamatan sedemikian sebelum menjamu selera.

 Lihat dulu rupa fizikal makanan jika terdapat apa-apa kelainan seperti kuah melekit atau sebagainya. Apabila fizikal makanan itu baik, maka hidu pula baunya jika terdapat bau basi, seterusnya rasa sedikit dan jika yakin ia segar, boleh makan atau jika sebaliknya tinggalkan makanan tersebut


Menurut Dr. Othman, waktu paling kritikal dan berisiko untuk bahan makanan dicemari oleh bakteria atau virus ialah sewaktu ‘holding time’ di mana selepas dimasak hinggalah sehingga waktu untuk dimakan.

“Ini kerana makanan yang telah siap dimasak tidak semestinya dimakan dalam waktu terdekat, jika jarak waktu makanan dimasak dan dimakan adalah lama, maka risiko untuk makanan tercemar adalah sangat tinggi”

Menurutnya lagi, perkara itu terjadi kerana ketika dimasak pada suhu 100 darjah celcius atau lebih, masih ada bakteria atau virus yang kebal kepada suhu masih aktif dan jika tidak disimpan dengan betul, kuman-kuman akan membiak apabila suhu makanan semakin menurun.












No comments:

Post a Comment