Amalkan “ lihat, hidu, rasa ” untuk mengelakkan makanan
Kita
dinasihati mengamalkan tiga langkah iaitu ‘lihat, rasa’ sebelum menikmati makanan terutama di
majlis tertentu, premis makanan dan kantin sekolah.
Langkah dan kempen
yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan ini amat penting bagi mengelak kes
keracunan makanan terutama hingga menyebabkan maut.
Langkah ini walaupun
nampak remeh tetapi masa beberapa minit mengamalkannya adalah berbaloi bagi
mengelak keracunan atau kejadian lebih malang seperti kematian akibat makanan
tercemar.
Kebanyakkan kejadian
kes keracunan makanan, banyak pihak menyalahkan pengendali atau penyedia
makanan, tetapi dalam masa yang sama mengabaikan langkah keselamatan sedemikian
sebelum menjamu selera.
Lihat dulu rupa fizikal makanan jika terdapat
apa-apa kelainan seperti kuah melekit atau sebagainya. Apabila fizikal makanan
itu baik, maka hidu pula baunya jika terdapat bau basi, seterusnya rasa sedikit
dan jika yakin ia segar, boleh makan atau jika sebaliknya tinggalkan makanan
tersebut
Menurut Dr. Othman, waktu
paling kritikal dan berisiko untuk bahan makanan dicemari oleh bakteria atau
virus ialah sewaktu ‘holding time’ di mana selepas dimasak hinggalah sehingga
waktu untuk dimakan.
“Ini kerana makanan yang telah siap
dimasak tidak semestinya dimakan dalam waktu terdekat, jika jarak waktu makanan
dimasak dan dimakan adalah lama, maka risiko untuk makanan tercemar adalah
sangat tinggi”
Menurutnya lagi, perkara
itu terjadi kerana ketika dimasak pada suhu 100 darjah celcius atau lebih,
masih ada bakteria atau virus yang kebal kepada suhu masih aktif dan jika tidak
disimpan dengan betul, kuman-kuman akan membiak apabila suhu makanan semakin
menurun.
jom like fb ini : https://www.facebook.com/lihathidurasa
No comments:
Post a Comment