Friday, 25 October 2013

KELEBIHAN MAKAN SAYUR-SAYURAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang mengunjungi blog Wonder Girls Food Tech... J

Ok...tanpa membuang masa entry pada kali ini kami mahu kongsikan tentang 

Kelebihan Makan Sayur-sayuran

Bercerita tentang sayur-sayuranramai orang tidak menggemari sayur. Ada yang mendakwa, sayur-sayuran adalah batang dan dedaun hijau yang tawar dan pahit malah tidak menyelerakan! 



Ramai orang yang tidak boleh makan nasi tanpa ayam, daging atau ikan, tetapi masih boleh makan dengan penuh berselera sekali tanpa sayur-sayuran sebagai hidangan.


Mengapa hal seumpama ini boleh berlaku dalam masyarakat kita? 
  • Ini menunjukkan masyarakat kita masih cetek pemikiran tentang kebaikan dan manfaat sayur-sayuran dalam juadah dan hidangan mereka. 
  • Bahkan ada juga yang menggemari sayur, namun malangnya mereka masak sehingga terlalu layu menyebabkan zat sayuran itu sendiri hilang.

Tabiat seumpama ini tentulah lama-kelamaan akan menyebabkan tubuh tidak mendapat zat-zat makanan yang diperlukan untuk menjalankan fungsi tubuh yang normal. 


Sedarilah bahawa, di sebalik rupa sayur yang sedemikian, tersembunyi zat-zat pemakanan yang kayaDaripada sayur, anda akan memperolehi vitamin A, B1, B2 dan C, protein dan garam galian seperti kalium, kalsium, fosforus, besi dan natrium. Manakala kandungan makanan lain seperti gentian, karbohidrat dan air.

 
Kekurangan bahan-bahan ini akan membantutkan pertumbuhan seseorang khususnya kanak-kanak yang memerlukan zat dan khasiat pemakanan yang seimbang untuk pembesaran di samping mencegah serangan penyakit khususnya jantung dan kencing manis kerana sayur kaya dengan serat yang diperlukan kesihatan.


Sejajar dengan itu, sebelum anda berkata "TIDAK" kepada sayur dalam hidangan anda akan datang, sila pertimbangkan dahulu fakta-fakta berikut:


  • Sayur murah dan mudah diperolehi.
  • Sayur membekalkan anda dengan sebahagian besar zat makanan yang diperlukan oleh tubuh untuk menikmati kesihatan yang sempurna.
  • Sayur adalah hidangan yang paling mudah dimasak atau dihidangkan.
  • Terdapat pelbagai jenis sayur dan anda bebas memilih mana yang digemari untuk dimakan.
  • Jika anda kekurangan masa untuk memasak, makan sahaja sayur yang tidak perlu dimasak seperti salad, tomato dan lobak merah.


Terdapat empat jenis sayur yang utama iaitu kekacang, daun, buah dan akar. Contoh bagi setiap jenis tersebut adalah kacang panjang, lobak, timun dan ubi kayu.

Selain kaya dengan zat pemakanan, sayur-sayuran juga mempunyai nilai perubatan. Biji timun misalnya dapat membantu mengeluarkan cacing yang mengganggu kanak-kanak ia mengandungi 'saponin'. Timun juga sesuai untuk kulit kerana ia mempunyai kesan membersih, menyejuk dan melembab. Ubi kayu pula dikatakan dapat membantu penyembuhan ulser.


Antara Sayur-Sayuran Yang Berkhasiat:-

TOMATO
  • Merupakan sayur yang mempunyai banyak kegunaannya. 
  • Kaya dengan vitamin D, mengandungi unsur-unsur kalsium, phosphorus, zat besi dan vitamin-vitamin.
  • Ia baik untuk penyakit hati dan penyakit “colon” iaitu dibahagian bawah usus. 
  • Sebaiknya elakkan dari makan kulitnya kerana kulitnya menyusahkan penghadaman makanan di dalam perut. 
  • Manakala jus tomato pula membantu menghadamkan makananan dan daging.
  • Tomato juga berguna untuk menghilangkan kutil atau ketuat 

 LOBAK MERAH
           
  • Lobak mengandungi kali(a)emia yang mana sekira ia kurang di dalam darah boleh menyebabkan ketegangan saraf dan cepat marah. 
  • Apabila jus lobak dicampur dengan susu maka bertambah pula faedahnya untuk kesihatan iaitu boleh mencergaskan tubuh badan dan menguatkan ingatan.
  • Ia juga boleh menghaluskan, melicinkan dan membersihkan kulit. 
  • Ia elok untuk penyakit-penyakit mata, kulit dan penghadaman.
  • Lobak mengandungi vitamin seperti vitamin A  dan minyaknya boleh membunuh cacing di dalam perut dan memudahkan buang air kecil.
  • Baik untuk penyakit bisul dan kudis dan baik untuk kulit mengelupas pada kanak-kanak caranya dengan menghancurkannya dan diletakkan pada kulit mengelupas itu.

    KOBIS
 
  • Kobis bukan sahaja berkesan untuk mengubati penyakit ulser dan barah malah berkesan untuk mengubati masalah-masalah lain di usus. 
  • Ia juga meredakan masalah di bahagian perut dan hati seperti yang dialami oleh mereka yang lali arak. 
  • Selain itu asid amino yang mengandungi belerang dalam kubis juga bertindak menurunkan paras kolestrol. 
  • Meredakan saraf dan menenangkan fikiran dan sekaligus membantu seseorang itu tidur dengan selesa pada waktu malam.                                                       



 PERIA
 
  • Sayur ini adalah penawar kepada pesakit yang menghidapi penyakit kencing manis.
  • Kandungan bahan yang menyerupai insulin didapati berkesan dalam menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing. 
  • Penghidap kencing manis mestilah menjadikan jus peria ini sebagai satu jus minuman harian, terutama sekali sebelum sarapan.
  • Selain itu peria juga dapat menyembuhkan penyakit batuk yang menyerang kanak-kanak.


KACANG BUNCI
 
  • Sayur yang kaya dengan protein dan vitamin ini membantu menurunkan tekanan darah
  • Mengawal metabolisme gula dalam darah dan amat sesuai dimakan oleh mereka yang menghidapi penyakit kencing manis atau darah tinggi.
  • Bagi mereka yang khuatir kerana mempunyai berat badan yang keterlaluan , kacang ini dapat membantu mengatasi masalah mereka. Ini kerana ujian makmal telah menunjukkan kacang ini mengandungi serat dan enzim yang boleh membantu menurunkan berat badan.


UBI KENTANG
 
  • Ubi ini berkesan untuk merawat penyakit batu karang.
  • Mengatasi masalah jerawat dan bisul.
  • Merawat kudis atau luka.

Oleh itu, marilah kita memakan sayur-sayuran demi menjamin kesihatan yang lebih sihat. Mencegah penyakit itu lebih baik daripada merawat. Dengan bermulanya pemakanan sayuran boleh mencegah penyakit yang merbahaya...





Jom hiburkan diri dengan menyaksikan video lagu cerita "Bintang Kacang"...


Wednesday, 23 October 2013

KHASIAT CILI MERAH

Saya mendapati fakta-fakta ini bukan dari majalah tetapi dari sebuah buku yang berjudul, Rasulullah is my doctor. Buku ini dikaryakan oleh Jerry D.Gray, seorang muslim sekarang sejak 1984. Ini gambar buku tersebut.




Siapa yang sangka makanan seharian kita boleh dijadikan sebagai ubat?
Antara khasiat cili merah adalah;

1. membantu menghancurkan gumpalan darah di dalam saluran darah.





2.Membuka sinusitis dan saluran udara, dapat menghancurkan lendir pada paru-paru dan boleh membantu menghindari bronkitis, emfisema dan jangkitan dalam perut. Ini adalah kerana Guaifenesin di dalam cili bertindak sebagai expectorant, membantu nipis dan melonggarkan mukus dalam paru-paru, menjadikan ia lebih mudah untuk batuk sehingga lendir keluar. Manakala, 
decongestant di dalam cili pula berperanan membantu dengan melegakan simptom hidung tersumbat. 


3. Ubat penghilang rasa sakit yang kuat, contohnya seperti sakit sendi-sendi. Selain itu, cili boleh menghilangkan sakit kepala apabila dihirup kerana paprika pedas di dalam cili mengandungi aspirin semula jadi dalam kuantiti yang tinggi.




Letakkan setitis minyak yang disarikan daripada cili di antara dua helai surat khabar. Kemudian, letakkan surat khabar tersebut pada otot yang sakit untuk menghilangan rasa sengal atau sakit sendi.
***PERINGATAN: Buat seperti di atas hanya untuk bebearapa saat sahaja kerana badan kita tidak tahan akan rasa panas cili kerana bahan kimia, capsaicin yang wujud di dalam cili. 


4. Mempercepatkan metabolisme dan membakar kalori. 



5. Sumber vitamin C.

 





 

Tuesday, 8 October 2013

BERSIH ITU HALAL?


Sabda Rasulullah SAW :
”Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar, kebanyakan manusia tidak mengetahuinya, maka barangsiapa menjaga dirinya dari yang samar-samar itu, berarti ia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya, dan barang siapa terjerumus dalam wilayah samar-samar maka ia telah terjerumus kedalam wilayah yang haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar daerah terlarang maka hampir-hampir dia terjerumus kedalamnya. Ingatlah setiap raja memiliki larangan dan ingatlah bahwa larangan Allah apa-apa yang diharamkan-Nya. Ingatlah bahwa dalam jasad ada
segumpal daging jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya dan jika ia rusak maka rusaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati“. 


~HR. Bukhari dan Muslim~




Agama Islam menganjurkan dua perkara utama mengenai hal-hal makanan iaitu, keutamaan dari segi kehalalan makanan serta kebersihan makanan yang di ambil. Di dalam agama Islam, sesuatu makanan itu halal untuk dimakan selagi mana tiada nas yang mengharamkan untuk memakannya.
Di dalam persoalan yang sering menjadi isu dalam industri makanan terutama di dalam negara kita yang majoritinya beragama Islam ini, apakah makanan bersih itu halal dan apakah semua yang halal itu semestinya baik untuk kesihatan?
Sebenarnya tidak semua yang bersih itu halal untuk dimakan sekalipun pemprosesannya dijamin tidak mendatangkan kemudaratan kepada pengguna.

Juga tidak semua yang halal itu mendatangkan kebaikan dan memenuhi keperluan zat yang diperlukan tubuh manusia.

Sebagai contoh, seorang pesakit tekanan darah tinggi-walaupun gula dan garam itu merupakan sesuatu yang halal, namun dua benda itu adalah tidak sihat untuk beliau.

Juga daging lembu yang diproses dengan bersih tetapi tidak disembelih mengikut syarak, maka ia tidak semestinya halal.

Selain dari kehalalan dan kebersihan makanan yang sering diberi kautamaan, aspek dari segi kebersihan dan keselamatan juga sangat dititikberatkan di dalam Islam. Halal tetapi tidak bersih serta tidak selamat, samada dari segi penyediaan mahupun ketika makanan itu diproses, akan mengakibatkan kesihatan seseorang terjejas.

Jika sesuatu perkara yang sudah pasti akan mendatangkan keburukan atau kemudaratan kepada manusia, agama Islam sama sekali tidak akan menyokongnya. Oleh itu, di dalam Islam, sesuatu yang halal itu semestinya tidak akan memberi kemudaratan kepada pengguna.



Masyarakat Malaysia khususnya yang beragama Islam, lazimnya akan memberi keutamaan kepada logo halal apabila memilih makanan, tetapi kurang mengambil kira kandungan zat di dalam makanan tersebut.Boleh dikatakan tahap kesedaran masyarakat masih rendah mengenai kandungan makanan yang sihat untuk kesihatan. Atas kesedaran ini, Kementerian Kesihatan dikatakan akan menguatkuasakan peraturan yang mewajibkan restoran makanan segera menyenaraikan maklumat kandungan makanan dan minuman yang dijual kepada orang ramai.

Sememangnya sebagai umat Islam, kita seharus mengambil berat apa jua sumber yang menjadi asas kepada pemakanan kita. Ini kerana kita tahu setiap makanan yang diambil akan menjadi darah daging manusia itu sendiri.
Jadi mengambil makanan yang halal, bersih dan selamat bukan saja menjamin kesihatan seseorang malah mampu membentuk nilai spiritual yang amat tinggi di dalam diri seseorang itu dengan akhlak dan perilaku yang baik.

Tidak dinafikan terdapat faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi tingkah laku seseorang seperti faktor keturunan, persekitaran, pendidikan, namun agama Islam memang menitikberatkan hal pengambilan makanan seseorang.

Ini jelas apabila Rasulullah SAW bersabda seseorang yang di dalam tubuhnya terdiri daripada makanan yang haram, Allah sukar untuk memperkenankan setiap doa-doanya.

Jadi, kita sebagai pengguna haruslah peka dengan setiap makanan yang diambil dari segi kehalalannya, kebersihannya dan keselamatan makanan kerana memakan makanan yang halal juga dapat menunjukkan salah satu bentuk ketaatan kepada Allah dalam memenuhi segala perintahNya dan menghindarkan laranganNya.

Wallahua'lam....